OBJEKTIF

Objektif umum persidangan ini diadakan adalah untuk membentuk medium penyatuan kalangan guru dalam bidang Pendidikan Islam seterusnya memberi ruang kepada para guru berkumpul, berbincang dan mengetengahkan idea-idea baru dalam menghasilkan satu resolusi bersama sebagai guru ideal ke arah menjadi pelajar yang berdaya saing dalam ancaman globalisasi.

Objektif ISPEN-i 2016:

  1. Meningkatkan kerjasama dan jaringan dalam kalangan guru Pendidikan Islam.
  2. Mendedahkan cabaran pengurusan dan pelan bertindak kemajuan Pendidikan Islam dalam menangani ancaman globalisasi.
  3. Memantapkan program pembangunan profesionalisme guru.
  4. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
  5. Mengemukakan idea dan pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam.