Objektif umum persidangan ini diadakan adalah untuk membentuk medium penyatuan kalangan guru dalam bidang Pendidikan Islam seterusnya memberi ruang kepada para guru berkumpul, berbincang dan mengetengahkan idea-idea baru dalam menghasilkan satu resolusi bersama sebagai guru ideal ke arah menjadi pelajar yang berdaya saing dalam ancaman globalisasi.
Objektif ISPEN-i 2016:
- Meningkatkan kerjasama dan jaringan dalam kalangan guru Pendidikan Islam.
- Mendedahkan cabaran pengurusan dan pelan bertindak kemajuan Pendidikan Islam dalam menangani ancaman globalisasi.
- Memantapkan program pembangunan profesionalisme guru.
- Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
- Mengemukakan idea dan pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Islam.